PROFIL SEKOLAH

VISI

Sekolah Kebangsaan Sungai Sameran Gemilang Tahun 2015.


MISI
Menjadikan sekolah sebuah Institusi Pendidikan yang berwibawa,    bertanggungjawab dan berkesan SEKALIGUS melahirkkan pelajar yang cemerlang melalui pendidikan yang berkualiti.


PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SAMERAN, SERIAN.


Memastikan semua murid yang telah mencapai umur genap enam tahun mula belajar di Prasekolah dan tujuh tahun memasuki Tahun Satu.


Memastikan semua murid mengikuti kelas/darjah mendapat Pendidikan yang sempurna berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.


Memastikan semua murid dapat belajar dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang sempurna, terkini, terbaik dan berkesan.


Sentiasa menjalin hubungan baik dan mesra dengan ibubapa/penjaga dan akan menghubungkan mereka untuk menyelesaikan masalah disiplin/akademik murid-murid secara bermusyawarah.


Memastikan semua permohonan kemasukan dan perpindahan murid diproses dan diajukan kepada pihak Jabatan Pelajaran Daerah/Bahagian dalam tempoh satu minggu dari terikh permohonan diterima.


Memastikan Ujian Bulanan dan peperiksaan Penggal dijalankan mengikut jadual dan semua murid akan diuji untuk menentukan tahap pencapaian masing-masing.


Memastikan kebajikan dan keselamatan murid-murid sentiasa dijaga dan diberi perhatian.


MENGURUSKAN PERJALANAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH KEARAH PERKHIDMATAN BERMUTU DAN PENDIDIKAN CEMERLANG.


Sentiasa berusaha melahirkan murid-murid yang cemerlang dan berakhlak mulia.


Memastikan pihak sekolah sentiasa peka dan responsif terhadap kehendak-kehendak pelanggan. Sentiasa memberi layanan yang mesra dan terbaik. Segala surat aduan/rayuan diberi jawapan/layanan dalam tempoh satu hingga dua minggu dari tarikh surat diterima.


Memastikan guru yang tidak hadir kerana cuti sakit/bersalin/berkursus dan sebagainya ada guru pengganti.


Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, saranan dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.




MATLAMAT SEKOLAH


Meningkatkan prestasi akademik ke tahap cemerlang.


Melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab dan sentiasa bersedia berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara. 


Mewujudkan suasana yang harmonis dan kondusif.


Mengeratkan kerjasama dan permuafakatan.


Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi kearah peningkatan  pendidikan di sekolah ini.


ETIKA SEKOLAH


Setiap warga sekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Sameran, mesti patuh kepada ETIKA sekolah.


Sentiasa berakhlak mulia dan ramah mesra.


Sentiasa bersedia dan bertanggungjawab.


Menghormati hak diri dan hak orang lain serta sekelilingnya.


Membenarkan dan menggalakkan orang lain belajar dan menuntut Ilmu.


UNTUK MEREALISASIKAN VISI & MISI SEKOLAH, SETIAP WARGA SEKOLAH PERLU MEMILIKI SIFAT-SIFAT SEPERTI :-


* Yakin


* Rajin(work hard and smart)


* Cekap


* Bertanggungjawab


* Berdisplin


* Mengutamakan kualiti


* Sedia berkorban


* Sedia menerima perubahan


* Mesra dan penyanyang


* Jujur serta ikhlas



 COGAN KATA SEKOLAH


Guru dan murid adalah golongan insane yang memainkan peranan utama dalam menjayakan segala aktiviti yang dirancangkan di sekolah ini. Kita harus sentiasa bekerja keras dan tanpa putus asa agar Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Visi, Misi dan Matlamat Sekolah menjadi kenyataan. Usaha gigih dan berterusan akan menghasilkan kejayaan seperti yang teraktub dalam cogan kata sekolah.



IKRAR MURID      


Bahawasanya kami, murid-murid , Sekolah Kebangsaan Sungai Sameran, berikrar dan berjanji, akan menumpukan segala tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita kami, berdasarkan perkara-perkara seperti berikut :


Berusaha bersungguh-sungguh, dan berterusan hingga mencapai kejayaan.


Sentiasa hormat-menghormati di antara satu sama lain.


Sentiasa hormat dan patuh kepada guru, staf bukan guru dan ibu bapa.


Bekerjasama untuk menjaga kebersihan dan keindahan sekolah.


Mengutamakan keselamatan di mana-mana saya berada


Sentiasa patuh kepada kepada peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan




1.   




No comments: