Wednesday, August 18, 2010

Sejarah Sekolah SK SG Sameran







Sejarah Sekolah Kebangsaan  Sungai Sameran 
(YBB 8217)

       Sk. Sungai Sameran mendapat nama sempena sebatang anak sungai yang berada tidak jauh dari sekolah.

     Sekolah ini dibina sekitar tahun 1959, dibina dengan tujuan untuk berkhidmat untuk dua buah kampung yang berdekatan, iaitu kampung Kuhom dan Kampung Tubih. Apabila tertubuhnnya sekolah ini pada tahun tersebut, hanya terdapat seorang guru iaitu Cikgu Su-ui Nyitim dan 36 orang pelajar yang kebanyakannya adalah lelaki. Ibubapa ketika itu beranggapan bahawa pendidikan formal seperti ini kurang bersesuaian dengan kanak-kanak perempuan.

       Pengambilan pelajar pada ketika itu tidak mengikut had umur yang khusus dan ramai pelajar yang majoritinya adalah remaja. Bagi bangunan sekolah dan kuarters guru pula, dibina dengan kerjasama orang-orang kampung dengan bahan-bahan binaan yang diperolehi dari hutan berdekatan. Bangunan sekolah yang dibina pada ketika itu hanyalah bangunan yang mempunyai satu ruangan besar menyerupai sebuah dewan. Meja dan kerusi pula diperbuat daripada kayu dan buluh.

        Beberapa tahun berlalu, semakin ramai murid yang didaftarkan bagi mendapat pendidikan disekolah ini dengan tambahan beberapa orang murid perempuan yang kebanyakannya idak dapat mengikuti pembelajaran dari tahun-tahun yang lepas. Pada ketika ini, hanya seorang guru sahaja yang mengajar dan mengendalikan perjalanan sekolah.

        Konfrantasi dengan Indonesia bermula pada tahun 1963. Seluruh daerah terjejas, termasuklah sekolah ini. Padang sekolah telah dijadikan lapangan mendarat bagi helikopter-helikopter tentera dan sekolah terpaksa ditutup. Bumbung-bumbung sekolah kerap mengalami kerosakkan akiba daripada kesan tolakan angin daripada helikopter-helikopter yang mendarat dan berlepas.

        Tamat sahaja konfrastasi, sekolah dibuka semula. Namun, masih terpahat rasa gerun dan takut dikalangan murid-murid. Walaupun begitu, murid-murid dan para guru teruskan juga sesi pelajaran dan pembelajaran. Pada tahun 1966, Kapten Murad dari Unit Jurutera Diraja Malaysia telah membuat beberapa baikpulih disekolah ini dengan mengarahkan unitnya meratakan kembali padang sekolah, membina  gelanggang badminton, tiang bendara dan memperkenalkan beberapa peralatan sukan kepada sekolah dan penduduk kampung.

           Dengan bantuan daripada Unit Jurutera Diraja Malaysia, sekolah ini mula menunjukan potensi kepada penduduk kampung. Gelanggang Badminton yang merupakan kebanggaan guru-guru, murid-murid dan penduduk kampung sebelumnya telah dijadikan bangunan sekolah yang baru oleh Majlis Daerah Serian. Bangunan sekolah ini adalah merupakan bangunan sekolah yang kita gunakan sehingga hari ini.

          Pada tahun 1969, Majlis Daerah Serian telah membina beberapa buah kuarters guru baru. Dengan adanya bangunan kuarters ini, guru-guru telah nendapat kediaman yang lebih selesa daripada sebelumnya.

          Sekolah ini mengiktiraf dirinya selama lebih 20 tahun dengan kecemerlangan dari peperiksaan utama seperti " Sarawak Common Entrance Examination," semakin ramai pelajar mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah.

            Daripada dua orang guru pada tahun 1960, tiga orang guru kemudiannya bertugas disekolah ini pada tahun 1976.  Sekolah ini sentiasa berharap akan mendapat penambah baikan dan pembangunan pada tahun-tahun yang akan datang.

Ditulis Oleh:
Encik Harrisson Lisem
Bekas Guru Besar
Sk.Sg. Sameran
20 Jun 1980            

No comments: